Search This Blog

Showing posts with label etiqa. Show all posts
Showing posts with label etiqa. Show all posts

Kenapa anda perlu menjadi perunding kewangan eTiQa Takaful?

Takaful dan insurance merupakan satu bidang yang hampir semua orang boleh menceburinya. Jika kita ingin memulakan perniagaan sendiri, biasanya kita akan tersepit dengan modal permulaan. Bukan semua orang mempunyai modal untuk berniaga.

Tapi, sebagai seorang perunding kewangan @ ejen @ wakil @ usahawan Takaful, kita boleh memulakan perniagaan dengan modal hampir sifar, atau mungkin kurang RM100 untuk bermula. Modal tersebut untuk mengambil peperiksaan bank negara dan juga photostat beberapa dokumen penting.

Akhir kata, renungkan kata-kata hikmah daripada PROF. DIRAJA UNGKU AZIZ, dalam rancangan MHI TV3;


“Sekarang telah muncul satu perniagaan baru yang canggih, yang tidak menggunakan modal tetapi mendapat keuntungan berlipat ganda – iaitu dalam INDUSTRI INSURANS…”




Pristin: Pelaburan dan perlindungan dengan pulangan tahunan






Ambil Satu Langkah Mudah Ke Arah Simpanan dan Nikmati Hidup yang dirancang 

Jika anda bimbang tentang ‘meletakkan’ wang anda pada suatu tempat dan tiada apa-apa berlaku, Mulakan menabung dengan pelan Pristin, dan anda akan melihat pulangan sangat hampir dengan anda.


Wang Anda Berkembang Dengan Pristin 

Pristin adalah pelan Takaful yang menyediakan pulangan tahunan tetap bagi 20 tahun akan datang. Pembayaran tunai tahunan akan bermula dari 5% - 10% daripada Sumbangan Tahunan Asas, jadi anda boleh yakin bahawa wang anda bekerja keras untuk anda.
Pristin membolehkan anda menjalani kehidupan sepenuhnya dan menikmati ketenangan fikiran mengetahui bahawa anda dilindungi dan akan menerima bayaran tunai tahunan sebagai tambahan kepada gaya hidup anda.


Siapakah yang layak?
Orang yang layak dilindungi : Sesiapa sahaja berumur di antara 14 hari hingga 60 tahun.
Orang yang layak menyertai  (tukang bayar, cth bapa utk anak) : Sesiapa di antara umur 18 hingga 60 tahun.


Etiqa mahu terajui insurans, takaful 2015






ETIQA Insurance and Takaful, menyasarkan untuk menjadi peneraju industri insurans serta takaful di negara ini menjelang 2015, dengan sasaran aset berjumlah RM30 bilion.
Unit perniagaan insurans dan takaful Kumpulan Maybank itu ketika ini adalah yang kedua terbesar dengan aset berjumlah RM23 bilion.
Ketua Eksekutifnya, Hans De Cuyper, berkata dari segi kutipan premium kasar pula, pihaknya menyasarkan ia akan meningkat kepada RM7.5 bilion menjelang 2015, daripada RM4.3 bilion ketika ini.
“Kami bersedia untuk mencapai sasaran untuk menjadi peneraju pasaran insurans dan takaful di Malaysia menjelang 2015. Ketika ini kami adalah peneraju perniagaan insurans hayat, takaful keluarga serta insurans dan takaful am,” katanya pada taklimat media mengenai perancangan masa depan syarikat itu di Kuala Lumpur semalam.
... berita penuh di Berita Harian 




Sarjana




Dengan peningkatan kos pembelajaran ke IPTA dan IPTS di sekitar 3% setahun berdasarkan
kadar inflasi, adakah anda telah bersedia untuk menghadapinya demi masa depan dan
kesejahteraan anak anda?

Pelan Sarjana dengan gabungan tabungan dan perlindungan adalah satu usaha untuk
mewujudkan dana khas sebagai perancangan kewangan pendidikan anak anda di hari esok.
Kecemerlangan masa depan anak anda ditangan anda. Dengan perancangan kewangan yang
strategik dan digabung dengan perlindungan menjadikan Sarjana sebagai suatu perancangan
yang komprehensif dan harus bagi penentuan masa depan anak anda.


Manfaat Perlindungan 
• Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak
melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang
mana terdahulu.
• Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Perlindungan berserta Akaun Peserta dan keuntungannya
yang terkumpul.
• Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan.


Kemudahan Pengeluaran Pendahuluan Biaya Pendidikan 
Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang sebagai pendahaluan biaya pendidikan.

rujukan eTiQa.com.my

Kenapa lebih untung simpan duit dalam eTiQa Takaful berbanding ASB?


PERRHATIAN : ENTRI INI BUKAN MEMBINCANGKAN HUKUM HALAL ATAU HARAM ASB (SILA RUJUK KEPADA PAKAR)



Isu ini agak sensitif dan keterlaluan untuk diketengahkan kepada orang ramai. Bukannya tidak boleh menabung dan melabur dalam ASB, bank, tabung haji, ASN, ASW dan sebagainya. Tetapi pastikan anda mempunyai tabungan dan juga 'back up plan' di eTiQa yang menawarkan takaful (Islamic insurans, yang  mempunyai badan pengawasan syariah).

Terdapat satu jenis produk eTiQa Takaful yang menjadi pilihan ramai iaitu pelan Harmoni, menawarkan 3 dalam 1 :

i. perlindungan
ii.Medical CARD
iii. simpanan 



1. PERLINDUNGAN
Kenapa lebih untung? Kami di eTiQa Takaful akan membantu dari segi kewangan sekiranya anda ditimpa musibah atau kecelakaan, seperti kemalangan jalanraya / tempat kerja mahupun kematian.

Contoh; sekiranya anda baru menabung RM500, tetapi tiba-tiba nyawa ditarik ( kemalangan, mati mengejut). Adakah cukup simpanan RM500 itu untuk menyara anak isteri bagi tempoh yang panjang?

keratan akhbar Sinar Harian: malang tak berbau, maut menjemput tak kira usia


Tetapi dengan simpanan wang pada Takaful hayat (walaupun baru bermula dan hanya ada RM500), anda mempunyai pampasan wang khairat kematian (dengan jumlah yang agak besar). Ini untuk memastikan sekurang-kurangnya anak isteri anda meneruskan kehidupan untuk satu waktu yang agak panjang, tanpa menyusahkan ahli keluarga atau sanak saudara. Beringat sebelum kena, Cegah sebelum parah, jangan sudah terhantuk baru nak terngadah...

keratan akhbar Sinar Harian: Alhamdulillah waris terima wang pampasan



keratan akhbar: walaupun mati, hutang tetap kena bayar oleh waris






2.Medical CARD

 keratan akhbar The Star: peningkatan kos perubatan , perbandingan dahulu dan sekarang

Dengan Medical CARD, kos rawatan pembedahan / major* dan menginap di hospital kerajaan / swasta ditanggung 100%. Dana minimum serendah RM250,000 sehingga mencecah RM1 juta, bergantung kepada pelan Medical CARD yang dipilih (pelan 1 -5), berkadaran dengan simpanan bulan.


kos hemodialysis amat tinggi, kekerapan rawatan setiap minggu


Keperluan kos perubatan seseorang secara lumrah, biasanya akan meningkat apabila usia semakin lanjut. Bayangkan umur kita 20 tahun akan datang, ada yang sudah menghidap kencing manis, darah tinggi,  sakit buah pinggang (memerlukan hemodialysis) atau kanser (tak mengira usia). Fakta menyatakan, 1 daripada 4 wanita terdedah kepada risiko kanser serviks.

*Jenis rawatan diterangkan dalam buku polisi.




3. Simpanan.

Sekiranya anda telah menerima pampasan kemalangan dan menggunakan dana Medical CARD, wang simpanan anda tidak terjejas. Rawatan dan pampasan samada diterima / 'claim' atau tidak pernah, samasekali tabungan anda dalam eTiQa Takaful tidak terusik.




Selain polisi Harmoni, terdapat juga polisi lain untuk kanak-kanak, pelaburan, haji dan lain-lain lagi. Ingin menabung dengan eTiQa Takafu? Isikan borang di bawah untuk quotation  (sebut harga) PERCUMA, samada untuk :
  1. 3 IN I (simpanan + perlindungan + Medical CARD)
  2. Pelaburan  (INVESTMENT LINK)
  3. Pelan pendidikan anak [simpanan + perlindungan + Medical CARD]
  4. Mabrur (pelaburan, perlindungan, menunaikan Haji)




*Kami menghormati privacy anda. Segala maklumat, khususnya emel dan nombor telefon tidak akan didedahkan umum. Kami juga tidak akan melakukan SPAM





Powered by 123ContactForm | Report abuse

Kekosongan jawatan usahawan Etiqa


Adakah anda teruja melihat gambar poster di atas? Jika anda ingin tahu, beliau adalah En. Zulkifli Othman, pengasas agensi Al-Faiz, yang telah melahirkn ramai usahawan Etiqa yang berjaya.

Kereta Toyota Vellfire, BMW serta rumah banglo mewah di dalam gambar tersebut merupakan hasil yang disemai bersama dengan Etiqa Takaful.

Saya salah seorang usahawan Etiqa yang bernaung di bawah agensi Al-Faiz Muar, turut ingin mengorak langkah kejayaan sebagaimana beliau. Jika anda sukakan cabaran dan inginberkongsi kejayaan dengan saya, sila tinggalkan pesanan sms ke 017- 6123 826 atau emel kepada saya samdaddycool@gmail.com untuk temujanji di Muar, atau pun Melaka.

Anda boleh memulakan karier samada secara separuh masa, atau pun sebagai kerja tetap.

Saya akan bersama-sama membimbing anda dan kita akan berada dipuncak kejayaan.

Sham
017- 6123 826
Muar / Melaka

KENAPA MESTI PILIH BISNES TAKAFUL

Mengapa anda mesti pilih kerja part time / sepenuh masa / bisnes TAKAFUL?

“Sekarang telah muncul satu perniagaan baru yang canggih, yang tidak menggunakan modal tetapi mendapat keuntungan berlipat ganda – iaitu dalam INDUSTRI INSURANS…”

PROF. DIRAJA UNGKU AZIZ
MHI TV3

Sejarah penubuhan Takaful

  1. Pada tahun 1965 di Kaherah, ulama’ telah membincangkan hukum insurans di Persidangan Ekonomi Islam Antarabangsa.
  2. Pada tahun 1971 di mekah, ulama’ telah bermuzakarah mengenai Takaful sebagai pengganti Insurans Konvensional.
  3. Pada tahun 1972, ulama’ telah memutuskan bahawa Insurans lain adalah haram dan Takaful dikaji untuk sebagai gantinya.
  4. Pada tahun 1979, Pengendali Takaful Pertama di dunia telah dapat ditubuhkan di SUDAN.
  5. Pada tahun 1984, Pengendali Takaful seterusnya di tubuhkan di MALAYSIA dan Parlimen luluskan Akta 312,( Akta Takaful 1984 ).
  6. Pada tahun 1985, Pengendali Takaful ketiga ditubuhkan di Mekah dan berkembanglah Takaful di dunia Islam.
  7. Penghujung 2007, Lahirlah ETIQA TAKAFUL.

Hukum mengambil perlindungan Takaful

Jakim telah mengeluarkan fatwa bahawa insuran nyawa adalah haram kerana mengandungi unsur-unsur:

  • gharar (tidak ketentuan)
  • maisir (judi) 
  • riba

 Manakala Skim perlindungan Takaful tidak mengandungi unsur-unsur di atas dan mempunyai Lembaga Pengawasan Syariah.

Mengapa kita perlu mengambil perlindungan Etiqa Takaful? #1

Contoh pertama :



“Saya mengharapkan masyarakat dapat membantu anak saya untuk menjalani pemindahan buah pinggang untuk 6 bulan yang akan datang”.

“Saya terpaksa meletakkan notis di supermarket, pasaraya dan kompleks kompleks lain di Puchong memohon derma bantuan tabung tetapi respon hanya cukup untuk belanja perubatan”. (The Star – August 4, 2005)

Pelan Etiqa : Prima

Konsep Pelan Etiqa Prima:

Megambil premium takaful, tetapi dapat merasa duit simpanan (pengeluaran*) setiap 3 tahun sekali.

* bergantung pada jumlah tabungan bulanan.

Kelebihan: biasanya seseorang yang mengambil insurans, hanya dapat merasa wangnya bila ditimpa bencana. Tapi tidak dengan produk Etiqa Prima. Setiap 3 tahun pengeluaran wang dapat dibuat dengan kadar tertantu, bergantung kepada jumlah tabungan anda. Namun begitu, anda masih lagi dibawah perlindungan sekiranya terjadi musibah kepada diri anda.

Pelan Etiqa : Sarjana

Pelan takaful keluarga yang menawarkan penyediaan tabung pendidikan kanak-kanak beserta perlindungan yang komprehensif untuk jangkamasa pertengahan dan panjang

Objektif utama pelan Sarjana berkonsepkan tabungan + perlindungan anak-anak.
Tabungan ini matlamatnya adalah untuk anak-anak yang menamatkan persekolahan, seterusnya ingin menyambung pelajaran ke kolej atau universiti.

Pelan Sarjan menjadi dana kepada sumber kewangan untuk menyambung pelajaran.

Ejen Etiqa belajar di UUM

Bagi melengkapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran ejen-ejennya, Etiqa Insurance dan Takaful memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Risiko dan Insurans dengan kerjasama UUM.


BUKAN mudah untuk menjadi seorang ejen sebuah syarikat insurans. Ejen tersebut bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dan penampilan yang meyakinkan bagi memasarkan jenama yang diwakili, pengetahuan mengenai produk dan juga syarikat perlu dikuasai.

Peka dengan keadaan semasa dan memahami risiko dalam pasaran menjadi penambah nilai agar ejen mampu mencapai sasaran jualan.

Dengan kesedaran bahawa ejen-ejen harus mempunyai pengetahuan secara ilmiah dalam bidang itu, Etiqa Insurance dan Takaful memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Risiko dan Insurans.

Ia bagi meningkatkan daya saing syarikat di pasaran negara dan antarabangsa. Bukan sahaja itu ia juga bagi meletakkan ejen tersebut di satu tahap yang tersendiri yang bukan sahaja berpengalaman tetapi berpelajaran.

"Kami mewujudkan program ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan profesionalisme ejen-ejen kami.

"Bukan sahaja ia akan membantu ejen-ejen memberi perkhidmatan yang terbaik dengan kelulusan ini ia mampu meningkatkan perkembangan diri dan menambah baik taraf hidup mereka," kata ketua pengarah eksekutifnya, Datuk Aminuddin Md Desa.

Program itu yang merupakan usaha sama Etiqa dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) menawarkan program jarak jauh dengan kelas akan diadakan pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

UUM akan menyediakan silibus dan juga tenaga pengajar manakala Etiqa menyediakan para pelajar. Ejen-ejen akan berdaftar sebagai pelajar UUM dan perlu mematuhi undang-undang seperti pelajar lain. Sekiranya gagal dalam sesuatu subjek mereka harus mengulang semula bagi melengkapkan jam kredit.

...baca lanjut di Kosmo

What is Takaful?

Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

100% 1433 2011 2012 2014 2015 36 penyakit about agen agen pak kaduk agency aim akaun Al-Faiz alternatif anak anak-anak anugerah ASB award bank negara malaysia bantuan barang hantaran perkahwinan benefit berpuasa beza bimbingan bisnes bnm claim contoh critical illness ditanggung ejen erti etika etiqa exam faedah fakta family FAQ faraid full group haji hantaran kahwin HARMONI hayat hospital hukum hutang iklan insurance insurans investment Islam islamic JAKIM jawatan Jawatankuasa Syariah jenazah job jutawan kad medikal Kad perubatan Kajian Pengguna Inovasi Produk kanak-kanak Karisma kata-kata hikmah Kekosongan kelebihan kematian kenapa kerja kerja kosong kewangan khairat kematian kos kosong lesen life lumayan lunas mabrur makna maksud takaful Malam Anugerah Takaful Malaysia Malaysian Takaful Association management manfaat masa mati mati itu pasti maybank medic save rider medical card melaka menang anugerah modal money motivasi muar mutiara kata nasihat nasional news nyawa opportunity PA pampasan panduan part part time pelaburan Pelan peluang pembahagian pendidikan pengeluaran pengertian pengurusan peperiksaan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia perbelanjaan perbezaan percuma peribadi perlindunan perlindungan permohonan perniagaan persaraan personal PIDM pinjaman plan policy polisi post mortem premium prima pristin produk protection PTPTN quotation rahsia Ramadan rawatan remaja retirement rider RM 1 juta RULES TO BECOME A SUCCESSFUL LIFE AGENTS sakaratul maut sakit kritikal salam sarjana saving sebut harga Sejarah selamat separuh sepenuh simpanan skim SSPN swasta tabung haji tabungan takaful takaful hayat takaful ikhlas tanpa komitmen taqwa tazkirah tbe tentang saya terbaik time tips UMR umrah usahawan wang pampasan waris Warisan wealth Zulkifli Othman