Perlindungan automatik untuk
deposit, manfaat takaful
dan insurans anda!
deposit, manfaat takaful
dan insurans anda!
PIDM kini melindungi deposit anda di bank serta manfaat takaful dan insurans seandainya berlaku kegagalan sesebuah bank ahli atau pengendali takaful dan syarikat insurans.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) ialah sebuah agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 (Akta PIDM) pada tahun 2005. Peranan kami di bawah Akta PIDM adalah untuk mentadbir dan menyediakan insurans deposit bagi melindungi pendeposit daripada kehilangan sebahagian atau kesemua deposit, serta mentadbir satu sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans bagi melindungi pemilik sijil takaful dan polisi insurans sekiranya berlaku kegagalan institusi ahli. Sebagai komponen penting dalam jaringan keselamatan kewangan negara, PIDM mempunyai kuasa meluas untuk menggalak dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan, mengadakan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan, melakukan intervensi dan resolusi institusi ahli yang bermasalah serta bertindak bagi memelihara kepentingan pendeposit dan pemilik polisi.
PIDM melapor kepada Parlimen menerusi Menteri Kewangan. Kami juga dikenali sebagai Malaysia Deposit Insurance Corporation (MDIC), terutama sekali di peringkat antarabangsa.
Untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari page rasmi PIDM http://www.pidm.gov.my/