Search This Blog

Showing posts with label salam. Show all posts
Showing posts with label salam. Show all posts

Selamat berpuasa dan salam Ramadhan

Salam buat semua muslimin dan muslimat,

Alhamdulillah hari ini telah masuk hari ke sembilan bulan Ramadan. Ini bermakna kita telah melepasi 1/3 Ramdadan dengan jayanya.

Harapan saya agar anda semua berjaya menjalankan ibadah puasa dengan jayanya. Bukan semua orang dikurnai sifat juang ingin menghabiskan puasa tanpa melakukan kesalahan. Tak semua yang berlumba-lumba untuk menambah pahala dan saham ketika bulan Ramadhan ini. Ada segelintir manusia yang mengabaikannya, yang ambil mudah dan tidak menghormati langsung bulan mulia ini.

Mereka sewenang-wenangnya ponteng puasa, kalau yang puasa pula mengabaikan solat, mengumpat, mengeji curi tulang waktu kerja dan sebagainya. Jadi apa yang tinggal pada pengisian amalan puasa kita? Tingggal kosong... kosong.. macam kata Najwa Latif..

Kadang-kala kita tak sedar kesalahan kita, kalau ada rakan-rakan, suami, isteri atau ahli keluarga yang menegur dan memperbetul, terimalah dengan hati terbuka. Betulkan kembali niat kita dan pintalah keampunan daripada Allah swt. Berazam untuk tindak mengulangi salah kita dan cuba menjadi lebih baik daripada hari semalam. InsyaAllah, jika niat kita ikhlas, hidup kita akan lebih bermakna dan diberkati.

Akhir kata, selamat mengharungi ibadah puasa dan InsyaAllah, semoga puasa ini menjadi bulan Ramadan yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ampun dan maaf daripada pihak saya sekiranya ada tulisan dan kata-kata saya yang menyinggung anda selam ini.

Jumpa lagi pada entri yang lain.

Wasalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

100% 1433 2011 2012 2014 2015 36 penyakit about agen agen pak kaduk agency aim akaun Al-Faiz alternatif anak anak-anak anugerah ASB award bank negara malaysia bantuan barang hantaran perkahwinan benefit berpuasa beza bimbingan bisnes bnm claim contoh critical illness ditanggung ejen erti etika etiqa exam faedah fakta family FAQ faraid full group haji hantaran kahwin HARMONI hayat hospital hukum hutang iklan insurance insurans investment Islam islamic JAKIM jawatan Jawatankuasa Syariah jenazah job jutawan kad medikal Kad perubatan Kajian Pengguna Inovasi Produk kanak-kanak Karisma kata-kata hikmah Kekosongan kelebihan kematian kenapa kerja kerja kosong kewangan khairat kematian kos kosong lesen life lumayan lunas mabrur makna maksud takaful Malam Anugerah Takaful Malaysia Malaysian Takaful Association management manfaat masa mati mati itu pasti maybank medic save rider medical card melaka menang anugerah modal money motivasi muar mutiara kata nasihat nasional news nyawa opportunity PA pampasan panduan part part time pelaburan Pelan peluang pembahagian pendidikan pengeluaran pengertian pengurusan peperiksaan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia perbelanjaan perbezaan percuma peribadi perlindunan perlindungan permohonan perniagaan persaraan personal PIDM pinjaman plan policy polisi post mortem premium prima pristin produk protection PTPTN quotation rahsia Ramadan rawatan remaja retirement rider RM 1 juta RULES TO BECOME A SUCCESSFUL LIFE AGENTS sakaratul maut sakit kritikal salam sarjana saving sebut harga Sejarah selamat separuh sepenuh simpanan skim SSPN swasta tabung haji tabungan takaful takaful hayat takaful ikhlas tanpa komitmen taqwa tazkirah tbe tentang saya terbaik time tips UMR umrah usahawan wang pampasan waris Warisan wealth Zulkifli Othman