Search This Blog

Cas positif



Assalamualikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya bukannya nak bagi tips atau info, tapi saja je nak kongsikan 'cover page image' fb eTiQa yang baru. Nampak menarik dan ceria, betul tak?

Apa-apa pun, selamat menjalankan amanah dan tugasan yang diberi hari ini. Ceriakan hari anda dengan senyuman. Tanamkan cas-cas positif di dalam minda. Jika tak dapat juaga cas positif tu, cuba dekati orang-orang yang berjaya, berbual sebentar dan cuba minta tips atau nasihat daripada mereka.

Inshaa Allah, anda akan dapat semangat baru.

:)


Tak cukup duit ....


Saya dapat satu poster ni, dan rasa terpanggil untuk kongsikan kepada anda. Mungkin ada yang terasa mesej yang nak disampai agak 'sarcastic' . Tapi realitinya, memang macam tu.

Yang buat saya terkilan bila ramai yang tidak menghiraukan kepentingan takaful, tetapi boleh berbelanja setiap bulan untuk astro, rokok, sport rim kereta dan sebagainya. 

Bila ditanya atau diberikan proposal untuk takaful hayat, masing-masing garu kepala, cakap tak mampu dan tak ada bajet. Walhal, boleh pula duit disalur kepada astro, rokok, loan kenderaan ketiga dsb.

Adilkah untuk anak isteri kita?


Takaful untuk hutang

Salah satu kegunaan wang pampasan khairat kematian adalah untuk waris melunaskan segala hutang tertunggak yang ditinggal oleh si mati...

Jangan ambil takaful jika....


 credit image kimdoddmft.com

  • 1. Si ejen takaful syarikat 'A' terlalu obsess mengatakan syarikatnya menawarkan produk takaful yang terbaik.
  • 2.  Si ejen takaful syarikat 'B' mengatakan produk takaful syarikatnya bagus, manakala produk syarikat 'C' tidak bagus.
  • 3. Si ejen takaful syarikat 'D' menyuruh anda menamatkan polisi takaful syarikat 'E' dan bertukar kepada syarikat mereka. (Kecuali anda ingin membuat polisi baru dengan tambahan medical card kerana polisi lama tiada medical card. Dan anda pula kurang mampu untuk membayar 2 polisi serentak - lama dan baru).


Kenapa?

  • 1. Syarikat pengendali takaful semuanya bagus dan boleh dipercayai, selagi mereka dijamin oleh PIDM.
  • 2. Apabila anda mengambil sesuatu polisi, sebenarnya anda mengambil khidmat (servis) ejen tersebut. Khidmat takaful agent diperlukan untuk sebarang 'claim', pembayaran polisi, urusan penggunaan medical card, tuntutan wang pampasan dan banyak lagi.
  • 3. Sekiranya sikap dan pendekatan awal seseorang agen menunjukkan perangai yang jelek, mampukah mereka untuk memberikan servis yang memuaskan untuk anda pada kemudian hari kelak?
  • 4. Perlukah kita untuk memburuk-burukkan orang lain, walhal diri kita sendiri belum 'perfect'?

Jadi, anda buatlah pilhan yang bijak.

Jangan letak nama anak sebagai waris

kredit gambar imgkid.com


Sebelum saya huraikan tajuk di atas, baca dulu petikan di bawah tentang PENAMA:

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-15 yang bersidang pada 6 Mac 1978 telah membincangkan Nominee (Penama). Persidangan telah memutuskan bahawa:

Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.

.. baca lanjut di  http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/nominee-penama

Jadi, jangan takut untuk letak nama SUAMI sebagai penama waris pada borang takaful anda. 

Mengikut statistik, kebanyakan suami meletakkan nama isteri sebagai penama waris borang cadangan polisi takaful mereka, tetapi sebaliknya bagi pihak isteri. Si isteri cenderung meletakkan nama ibu mereka atau anak sebagai penama. Kerana MUNGKIN dikhuatiri suami akan kahwin baru menggunakan duit pampasan khairat kematian mereka. 

Tetapi, masalah akan timbul sekiranya hanya nama anak diletak sebagai penama waris. Wang pampasan tersebut akan dibekukan oleh Amanah Raya sehingga si anak berumur 18 tahun.

Wang pampasan tetap WAJIB dibahagikan mengikut faraid.

Kesimpulannya, tolong jangan letak nama anak bawah 18 tahun sebagai penama waris (penerima wang pampasan khairat kematian).

FREE Medical Card



Simpan duit dalam akaun eTiQa takaful, sama macam biasa kita buat pada akaun ASB, atau pada akaun bank-bank lain. Tapi bezanya, kita dapat medical card.

Untuk menjawab teka-teki ini, sila teliti gambarajah ringkas di bawah:






Pada pendapat peribadi saya, medical card tersebut percuma, dilihat dari jumlah yang kita dapat dengan simpanan dan perlindungan sebagai pemegang polisi Takaful. Penerangan lanjut boleh anda dapatkan daripada saya semasa temujanji.

Kalau anda kabur tentang kegunaan kad medikal, sila lihat FAQ Medical card.

Jika ada kemampuan dan lebihan wang bulanan, saya merayu anda membuat simpanan bulanan dengan takaful. Apatah lagi sekiranya anda merupakan seorang ketua keluarga yang menjadi tempat bergantung kepada anak isteri.

Para peniaga atau yang bekerja sendiri amat digalakkan untuk memiliki polisi 3 dalam 1 ini, sebagai backup plan kepada anda yang biasanya tidak mempunyai EPF dan SOCSO.

Beringat sebelum kena, jangan terantuk baru nak terngadah.

Sekiranya anda memerlukan penerangan lanjut, Inshaa Allah, saya sedia membantu. Tiada paksaan daripada saya. Duit anda dan keputusan juga di tangan anda.

Hubungi saya melalui:

Mabrur di BH

Produk mabrur daripada eTiQa Takaful di Berita Harian keluaran hari ini, Jumaat 05/09/2014.

Sekiranya anda berminat, boleh hubungi saya samada melalui:

Whatsapp / sms: +6010-291 8481
Call / sms: +6013-765 9294

 

Fakta takaful

Tolong baca dan fahamkan maksud poster ni tentang fakta takaful. Kalau anda rasa ia berguna dan bermanfaat, tolong sebar dan share kepada rakan-rakan anda. Sumbangan dan amal jariah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Perkongsian ilmu yang bermanfaat kepada saudara seagama, mungkin lebih bernilai kepada seorang insan. Sila share.

Hukum ambil insuran takaful


hukum ambil insurans takaful adalah harus



"hukum ambil insuran takaful" merupakan keyword atau katakunci yang menerobos masuk ke blog usang ini. Mengikut fatwa yang dikeluarkan JAKIM pada  surat bertarikh 15 April 2000 (sila rujuk Hukum mengambil perlindungan Takaful ), insurans HARAM kerana mengandungi unsur-unsur:

  • gharar (tidak ketentuan)
  • maisir (judi) 
  • riba
manakala, skim takaful menawarkan perkhidmatan yang tidak mengandungi unsur-unsur seperti di atas. Seterusnya skim tersebut mempunyai Lembaga Pengawasan Syariah bagi memastikan pengendalian seharian perniagaan Takaful berjalan lancar dan teratur selaras dengan lunas-lunas yang dibenarkan syarak.

FAQ Medical Card



Q1) Apa guna Medical Card ni?
A; Bayar Bil Hospital Swasta (cth, wad, pembedahan, rawatan).

Q2) Bil pembedahan cecah RM30 000, pun medical card cover?
A; Ya, satu sen pun anda tak perlu bayar.

Q3) Macamana bayarannya?
A; Tunjukkan sahaja kad medikal, pembayaran online terus pada Hospital.

Q4) Ada deposit kena saya dahulukan? Saya tak kena bayar sebahagian daripada bil?
A; Tidak.

Q5) Sikitpun saya tak kena bayar?? Sebab ada dengar, kawan saya kena bayar 10% daripada bil?
A; Tidak. Tiada co-takaful.

Q6) Medical Card ni cover apa?
A; Kemalangan, pembedahan dan penyakit.

Q7) Kalau saya baru je masuk (walau seawal 5 bulan) kemudian disahkan ada sakit buah pinggang, macamana?
A; Layak terima rawatan

Q8) Kalau demam masuk wad boleh cover?
A; Boleh

Q9) Kalau bersalin cover tak?
A; Tidak!


Q10) Kenapa tak cover bersalin?
A; Bersalin bukan penyakit atau kemalangan.

Q11)Berapa jumlah bayaran bil yang boleh cover?
A; Maximum RM300,000 untuk setahun (daripada jumlah dana RM1.5juta).

Q12) Betul ke boleh percaya?
A; Pergi tanya sendiri hospital swasta.


Q13) Setahu saya, medical card syarikat "A" lagi bagus? Betul ke?
A; Itu semua adalah branding dan pengiklanan. Kebanyakan medical card dipasaran adalah bagus, selagi ia diiktiraf oleh PIDM.

Q14) Macam mana nak dapatkan Medical card?
A; Set temujanji dengan saya untuk penerangan lengkap. Sign borang dan photostat ic.


15) No untuk dihubungi?
A; sms / call ; 013-765 9294/ whatsapp / sms ; 010 - 291 8481 (Sham) atau isikan borang untuk dihubungi

Harga satu suntikan



Dapat satu gambar kartun yang kelakar, "Berapa harga satu suntikan?"

Ramai yang inginkan rawatan yang selesa dan menenangkan ketika sakit. Tetapi, ramai yang kurang mampu untuk berbuat demikian. Apakan daya, kos rawatan wad kelas pertama hospital kerajaan dan hospital swasta memang tinggi bilnya untuk ditanggung.

Jadi, untuk mendapatkan rawatan yang terbaik, medical card memberikan alternatif untuk orang biasa-biasa, mendapat rawatan istimewa.

Anda berminat? Sila ke SINI, atau

SMS ; [NAMA] jarak [MEDIK] ke 010 - 291 8481 untuk info lanjut.

Takaful dan Taqwa

kredit imej : fuh.my


Salam buat semua.

Kita semakin menghampiri penghujung Ramadan, dan ketika ini kita telah pun menginjaki hari yang ke 21.

Hari ni saya rasa tertarik dengan kata-kata Afyan Mat Rawi. Jadi saya kongsikan tulisan di wall facebook beliau:



Mati itu pasti.

Bila kita mati? Tidak pasti

Di mana kita mati? Tidak pasti.

Bagaimana kita mati? Tidak pasti.

Justeru, bersedialah dengan sebaik-baik bekalan, taqwa.

Taqwa, sebaik-baik bekalan untuk akhirat.

Takaful, untuk bekalan yang kita tinggalkan di dunia.

Berminat untuk info lanjut? Sila ke  sini.

Mabrur produk terbaik



Mabrur, produk Etiqa Takaful yang juga pelan perlindungan komprehensif dan simpanan Takaful untuk persediaan Haji dan Umrah, diumumkan sebagai produk terbaik baru-baru ini pada majlis penganugerahan Kajian Pengguna Inovasi Produk 2014 / 15.

Pelan Pendidikan Terbaik +BONUS

Tabungan Pelan pendidikan kanak-kanak penting untuk mereka melanjutkan pelajaran kelak. credit image: bharatnow.net

Anak atau cahaya mata merupakan permata hati bagi pasangan setiap pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi bagi pasangan berkahwin yang baru dikurnai seorang anak. Pasti anak tersebut ditatang umpama minyak yang penuh.

Setiap ibu bapa mengimpikan perkara yang terbaik buat anak-anak mereka. Kehidupan yang baik, merangkumi tempat tinggal, makanan dan pakaian; tiga keperluan asas utama.


Untuk mencapai tahap kehidupan yang ideal, wang memainkan peranan utama. Ibu bapa akan berusaha keras bagi memastikan anak-anak mendapat apa yang dicita. Selain daripada harta dan keselesaan, pendidikan merupakan satu perkara yang amat penting dalam kehidupan setiap anak.


Untuk mendapatkan pendidikan terbaik, ibu bapa perlu membuat pelan dan perancangan teliti agar anak-anak tidak ketinggalan dalam mengejar cita-cita.

Untuk mendapat tempat di IPTA memerlukan perbelanjaan yang tinggi, ditambah pula dengan kos sara hidup ketika mereka masih bergelar pelajar. Apatah lagi jika mereka memasuki IPTS, sudah pasti yuran pengajian meningkat berganda-ganda. Itu belum lagi kita mengambil kira jika mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti USA, UK atau Australia. Berapa ramaikah ibu bapa yang mampu untuk menanggung kos anak-anak ke menara gading dengan duit sendiri?


SMS [NAMA] jarak [DIDIK] kepada 013-765 9294 / whatsapp 010 - 291 8481


Dewasa ini, sering kita  dengar ramai lepasan siswazah gagal membayar hutang pendidikan MARA,  PTPTN dan sebagainya. Kenapa ini terjadi? Baru mula bekerja sudah dibebani hutang?

Seronokkah kita sebagai ibu bapa melihat anak-anak kita menanggung hutang, sejurus menggenggam segulung ijazah (belum dapat kerja lagi). Itu belum lagi ditambah dengan para agen kredit kad dan pegawai-pegawai bank yang berlumba-lumba memberikan pelbagai jenis hutang seperti loan kereta, loan peribadi, , loan ASB, dsb, sejurus mereka mendapat kerja.


Apa penyelesaiannya?

 Rancanglah untuk pelan pendidikan anak-anak untuk kegunaan masa hadapan. Salurlah ketempat yang kurang risiko dan mempunyai jaminan kerajaan (PIDM). Cadangan saya adalah Pelan Pendidikan eTiQa Takaful yang didatangkan dengan BONUS.


Kita ringkaskan melalui gambarajah berikut untuk pemahaman mudah:




Gambarajah pelan pendidikan anak di atas hanya menunjukkan jumlah anggaran kasar, jumlah sebenar bergantung kepada caruman bulanan, umur, pekerjaan bapa dll.



SMS [NAMA] jarak [DIDIK] kepada 013-765 9294 / whatsapp 010 - 291 8481



MATI adalah PASTI.

Sebagai ibu bapa, persoalan terbesar yang bermain di benak adalah:

Soalan: "SIAPA yang akan menanggung makan minum anak-anak aku bila tiba-tiba aku mati?"
Jawapan: mungkin, pakcik / makcik mereka, nenek / atuk mereka.


persoalan seterusnya:





Soalan: "BERAPA LAMA mereka mampu membela anak-anak bila tiba-tiba aku mati?"
Jawapan: Sekiranya abang kita (pakcik kepada anak-anak kita) telah mempunyai anak seramai 5 orang, tiba-tiba ditambah anak-anak kita seramai 4 orang. Setahun mungkin boleh dibela. Bagaimana pula kalau masing-masing mula memasuki persekolahan? Tak mampu untuk kita bayangkan...

Memang ada segelintir yang mempunyai harta yang cukup untuk membela anak-anak buah sekiranya berlaku musibah. TETAPI, kebanyakkannya orang kita belum berada di paras yang benar-benar kaya untuk berbuat demikian.

Mari kita lihat apa yang anak anda akan dapat dengan pelan pendidikan eTiQa Takaful:

A : Khairat Kematian
Pampasan akibat kematian atau cacat kekal.


B : Medical card
Medical card pada masa kini merupakan satu 'keperluan' dan boleh dikatakan bahawa semua pengendali takaful mempromosi produk masing-masing secara besar-besaran. Bagi anda yang merasakan ia satu keperluan, kami boleh menjadikan ia sebahagian daripada 'pakej' pelan pendidikan anak-anak anda.

C : Simpanan
Tujuan dan matlamat anda sememangnya untuk menabung bagi membiayai pendidikan anak ke menara gading atau boleh juga dijadikan modal pusingan sekiranya si anak lebih berminat untuk berniaga.


Jadi, kita dah ada 3 perkara asas, apa pula yang istimewa dengan pelan pendidikan eTiQa Takaful? Terdapat satu 'BONUS' (sila rujuk bonus satu pada gambarajah di atas), di mana ia dipanggil sebagai WOC (Waiver Of Contribution = pengecualian sumbangan / pembayaran).

Apa itu WOC?
Ia merupakan situasi di mana sekiranya bapa (pembayar) meninggal dunia, sumbangan bulanan berjumlah RM130 akan tetap dimasukkan ke dalam akaun anak sehingga polisi matang.



Ada banyak lagi tambahan (rider) yang boleh dimasukkan, bergantung kepada jumlah sumbangan bulanan.
Jika anda inginkan gambaran pelan pendidikan anak-anak terbaik, sila isi borang di sini untuk (ilustrasi quotation) secara PERCUMA dan tanpa komitmen.

atau

SMS [NAMA] jarak [DIDIK] kepada 013-765 9294 / whatsapp 010 - 291 8481. Kami akan hubungi anda untuk penerangan lanjut.

Temporary vs Permanent



Temporary vs Permanent by Firdaus Wong Wai Hung

One day, the one day we hate will die. The one that we love will die. Our neighbour will die, our friends will die, our enemy will die and WE WILL DIE. Everything in this world are temporary but there is something permanent - GOOD DEEDS.

Do good wherever we are because human will die but their good deeds will be forever remembered by people and our good deeds will be brought forward when we stand in front of Allah on The Judgment Day on our favour. Do good the right way...

Hantaran kahwin RM1 juta

Polisi insurans takaful bernilai RM 1 juta sebagai barang hantaran kahwin


So sweet!!!

Kalau sebelum ni, saya pernah menulis tentang barangan hantaran kahwin. kali ini saya terjumpa keratan akhbar berkenaan pasangan pengantin yang menjadikan polisi insurans takaful RM 1 juta sebagai barang hantaran perkahwinan. Mungkin idea bernas dan istimewa ini boleh jadi trend popular bagi pasangan yang bakal berkahwin?

Antara petikan akhbar tersebut:

"Bukan untuk bermegah, tetapi saya mahu sesuatu pemberian lain daripada yang lain untuk isteri tersayang," kata peguam Hazwan Mohd Nor, 30, yang menjadikan polisi insurans takaful bernilai RM1juta sebahagian barangan hantaran perkahwinannya.
Dia yang berasal dari FELDA Pasoh 2, Jelebu, dekat sini berkata, pemberian polisi insurans itu sebagai persediaan kepada isterinya, Aina Syazana Rahman, 28, jika dirinya ditimpa kejadian tidak diingini kelak.
Anda ingin mebuat perkara yang sama? Tiada idea bagaimana mahu melakukannya? Mungkin RM1 juta terlalu besar untuk kita carum bulannya. Namun, ada nilai yang  lebih rendah yang kebanyakan orang biasa boleh buat, mungkin RM100,000 atau RM80,000 ? Apa kata isikan borang kaji selidik di sini dan saya akan hubungi anda.

ATAU,

sms [ NAMA ]  jarak [ KAHWIN ]  kepada 013-765 9294
ATAU

Whatsapp 010 - 291 8481

ATAU,

Datang sendiri berjumpa saya di Coconut Shake Luar Biasa - Muar (klik untuk lihat alamat lengkap)


PIDM - Perbadanan Insurans Deposit Malaysia



Perlindungan automatik untuk
deposit, manfaat takaful
dan insurans anda!

PIDM kini melindungi deposit anda di bank serta manfaat takaful dan insurans seandainya berlaku kegagalan sesebuah bank ahli atau pengendali takaful dan syarikat insurans.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) ialah sebuah agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 (Akta PIDM) pada tahun 2005. Peranan kami di bawah Akta PIDM adalah untuk mentadbir dan menyediakan insurans deposit bagi melindungi pendeposit daripada kehilangan sebahagian atau kesemua deposit, serta mentadbir satu sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans bagi melindungi pemilik sijil takaful dan polisi insurans sekiranya berlaku kegagalan institusi ahli.  Sebagai komponen penting dalam jaringan keselamatan kewangan negara, PIDM mempunyai kuasa meluas untuk menggalak dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan, mengadakan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan, melakukan intervensi dan resolusi institusi ahli yang bermasalah serta bertindak bagi memelihara kepentingan pendeposit dan pemilik polisi.

PIDM melapor kepada Parlimen menerusi Menteri Kewangan.  Kami juga dikenali sebagai Malaysia Deposit Insurance Corporation (MDIC), terutama sekali di peringkat antarabangsa.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari page rasmi PIDM http://www.pidm.gov.my/

Syukurilah kesusahan


Syukurilah kesulitan. Karena terkadang kesulitan mengantara kita pada hasil yang lebih baik dari apa yang kita bayangkan.

credit Zulkifli Othman Al-Faiz at Al Faiz Agency

Apakah rahsia kejayaan para usahawan dan jutawan?



Apakah rahsia kejayaan para usahawan dan jutawan? Jawapannya ada di sini. Jika anda ingin berjaya dan menjadi kaya-raya seperti mereka, ikut sahaja!

Rahsia 1: Matlamat Kebebasan Dari Segi Kewangan

Rahsia ini milik Robert T. Kiyosaki, jutawan, penasihat kewangan dan penulis buku Rich Dad Poor Dad. Menurut Kiyosaki, semua ini bermula daripada matlamat. Cuba bayangkan 10 ke 20 tahun akan datang. Itulah matlamat anda. Kebanyakan orang impikan hidup kaya-raya dan bukannya kebebasan dari segi kewangan. Padahal, menjadi kaya sahaja tidak cukup. Banyak orang kaya yang kemudiannya jatuh miskin tidak begitu faham sifat-sifat wang.

Rahsia 2: Hukum Balasan “Reciprocal”

Ini rahsia kejayaan Estee Laude, pengasas Estee Lauder Inc. Menurut Estee Lauder, orang yang kedekut tidak akan menjadi kaya kerana orang lain akan membalas sikap kedekut ini. Orang yang benar-benar kaya tidak memberi tumpuan untuk mengurangkan perbelanjaan. Mereka sebaliknya cuba untuk memaksimakan pendapatan.

Rahsia 3: Berhutang Mengikut Kemampuan

Rahsia ini milik Aristotle Onassis, jutawan dan raja kapal Yunani. Prinsip Onassis, tidak salah untuk berhutang asalkan untuk tujuan produktif. Hutang yang produktif dianggap sebagai bukan hutang kerana ia akan menghasilkan pendapatan dengan lebih cepat. Hutang untuk perbelanjaan yang tidak dapat dikawallah yang akan menyita seluruh pendapatan di masa depan.

Rahsia 4 : Gunakan Wang Secara Bijak

Andrew Carnegie, pengasas Carnegie Steel Company pemilik rahsia ini. Kebanyakan orang terlalu sibuk mendapatkan wang tanpa berfikir apa yang akan dilakukan selepas wang itu diperolehi. Padahal, mereka akan jatuh miskin lagi jika tidak merancang strategi pelaburan yang baik. Jadi, jangan hanya memikirkan cara mencari wang, tanpa merancang cara untuk memanfaatkannya dengan bijak kerana itulah yang paling penting.

Rahsia 5: Alasan Penting

Dan Benson, perunding kewangan dan penulis buku 12 Stupid Mistakes People Make With Their Money mengatakan setiap orang harus mempunyai alas an yang kuat setiap kali mengeluarkan wang. Pada usia di bawah 30 tahun, hanya ada dua matlamat utama iaitu matlamat untuk terus hidup dan melabur. Maka setiap kali pelaburan berkembang, anda mampu meletakkan pengeluaran untuk memperbaiki kehidupan.

Rahsia 6: Kaya = Sedikit Hutang

Ini resepi Kiyosaki lagi. Kalau anda berhutang dengan ramai orang, maksudnya kamu semakin miskin. Formulanya, Aset – Hutang = Kekayaan. Jika mahu kaya, tingkatkan asset dan kurangkan kerugian. Memang asset dapat diperolehi daripada hutang. Namun begitu, jangan membeli asset dengan hutang yang jauh lebih besar dari nilai asset. Jangan pula menambah hutang untuk sesuatu yang tidak menambah asset, misalnya keperluan perbelanjaan.

Rahsia 7: Tambah Pengetahuan

Henry Ford, pengasas Ford Motor Company mendedahkan rahsia kejayaannya. Jika wang anda menjadi sumber ketenangan, maka anda tersilap. Satu-satu perkara yang mampu menjamin ketenangan hidup di dunia ini adalah pengetahuan, pengalaman dan kemampuan. Tanpa tiga perkara ini, berapa banyak wang dalam tangan pun tiada gunanya.

sumber asal kredit pada Zulkifli Othman Al-Faiz

Keyword berkaitan Pelan pendidikan anak


gambar kredit eTiQa takaful

Salam,

Entri kali ni tiada apa-apa untuk pembaca. Hanya .Perkongsian kepada agen-agen takaful untuk mencari keywords berkaitan pelan pendidikan anak. Semoga mendapat manfaat bersama.

pelan pendidikan anak terbaik
pelan anjakan pendidikan
pelan takaful pendidikan anak
pelan pendidikan malaysia
pelan pendidikan 2013
pelan pendidikan individu
tabung pendidikan anak
tabung pendidikan nasional
tabungan masa depan
tabungan masa depan permata
simpanan pendidikan anak
simpanan asb
pelaburan untuk anak
pelaburan untuk pelajar
pelaburan untuk bukan bumiputera
pelaburan untuk persaraan
simpanan untuk anak
takaful pendidikan

Searches related to Pelan pendidikan anak
pelan pendidikan individu
pelan pendidikan terkini
pelan pendidikan prudential
pelan pendidikan nasional
pelan pendidikan 2013
pelan pendidikan negara
pelan pendidikan pembangunan pendidikan

Apakah hantaran kahwin mengikut islam?


credit barang hantaran perkahwinan

Assalamualikum wbt,

Musim cuti sekolah bakal tiba tak lama lagi. Macam biasa, cuti sekolah merupakan waktu yang teramat sibuk bagi ibu bapa beserta bakal pengantin yang melangsungkan majlis perkahwinan pada ketika itu.

Dalam pada menyiapkan segala kelengkapan, susunatur majlis dan juga 'appointment' dengan tok kadi, barang hantaran kahwin dan juga duit hantaran kahwin semestinya 'pakej wajib' yang pasti ada disedia oleh kedua pasangan mempelai.

Merujuk kepada tajuk di atas, suka teruja saya untuk berkongsi satu panduan atau tips istimewa kepada bakal pengantin dalam menjaga poket masing-masing terutamanya selapas berkahwin. Poket yang 'sihat' menjurus kepada salah satu faktor keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga... percayalah! Sila baca wang hantaran kahwin RM 1 juta.

Ok, tanpa membuang masa, saya konsikan tulisan Pakdi di dalam majalahniaga:

Salah satu rukun nikah adalah mas kahwin. Ia adalah hak sepenuhnya pengantin perempuan. Berbincanglah dengan baik sesama pasangan.

Manakala yang menjadi bebanan khususnya di pihak lelaki adalah mengenai duit hantaran dan dulang-dulangnya. Barangkali sudah masanya kita memperkenalkan budaya baru.

Apa kata kita meminta hantaran dibuat dalam bentuk simpanan emas, saham atau saham amanah. Tidak ketinggalan perlindungan lengkap takaful.

Buku mengenai pengurusan kewangan, bisnes dan pelaburan atau pakej ke seminar-seminar berkaitan kewangan.

Perkahwinan adalah perjalanan yang panjang sampai ke syurga. Bukan hanya untuk satu hari. Salah satu punca kebahagiaan perkahwinan adalah bagaimana suami-isteri menguruskan pendapatan isi rumah mereka.

Memandangkan saya merupakan seorang pengendali / penasihat kewangan Takaful berdaftar dengan Bank Negara Malaysia, saya menyeru anda mengisi borang di sini untuk khidmat nasihat percuma, ya saya serius memang percuma.

>>>> sila isi borang di sini.





Salah satu faedah mengambil takaful hayat / insurans nyawa



Baru sebulan mengambil polisi lalu berlakunya kematian akibat kemalangan. Balu menerima wang pampasan insurans Prudential BSN suami berjumlah RM231,000.00.

Inshaa Allah, wang pampasan yang diterima dapat digunakan (survive) oleh anak-anak dan balu untuk satu jangka waktu yang panjang.

Inginkan tahu bagaimana anda boleh menyediakan 'payung' untuk keluarga anda? Isikan borang di sini untuk quotation percuma. 

Fatwa JAKIM hukum Takaful dan Insurans



Halaqah TV9. Riba Itu Apa? oleh Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud (Penolong Pengarah (Syariah) Bahagian Penyelidikan JAKIM.

Kepentingan Takaful hayat @ Insurans nyawa





Kepentingan Takaful atau Insurans

Seseorang itu menyertai pelan Takaful Keluarga bukan kerana beliau akan mati, tetapi untuk memastikan kehidupan orang yang disayang dapat diteruskan.

UMR- Ultra Medic Rider @ Medical Card eTiQa + Pelan Persaraan



Pelan Kad Perubatan (Medical Card) terbaru dari eTiQa Takaful Berhad.

Antara ciri-ciri:
1. Tiada "Ko-Takaful". 100% kos perubatan ditanggung oleh eTiQa Takaful Berhad.
2. NCB (Non Claim Bonus)
3. Nasihat Perubatan Kedua
4. Kos rawatan untuk Rawatan Alternatif
5. Kemasukan ke hospital tanpa memerlukan wang tunai.
(video pada minit ke 1:33)

Etiqa menang lima anugerah

gambar di atas tiada kena mengena dengan isi cerita

ETIQA Takaful Berhad (Etiqa) merangkul anugerah bagi lima kategori di Malam Anugerah Takaful ke-2 yang dianjurkan Malaysian Takaful Association baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahril Azuar Jimin berkata, kemenangan dalam lima kategori terbabit membuktikan Etiqa berjaya mendahului dan membuat perubahan dalam industri menerusi jenamanya.


“Acara yang berprestij ini dianjurkan untuk meraikan perkembangan pesat industri takaful tempatan dan memberi pengiktirafan kepada pencapaian terbaik dalam bidang masing-masing.

 “Kami percaya sokongan kakitangan dan kebolehan kami bekerjasama dengan rakan niaga penyumbang kejayaan Etiqa,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.


Etiqa Takaful Berhad juga tersenarai sebagai Pengendali Perniagaan Kumpulan Terbaik dan Pengendali Bancataful Terbaik. Sementara itu, Adventurine Agency Sdn Bhd, sebuah agensi yang mewakili Etiqa Takaful turut memenangi anugerah Produksi Million Dollar manakala Zulkifli bin Othman, ejen Etiqa Takaful, membawa pulang anugerah Agensi Million Dollar.

sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

100% 1433 2011 2012 2014 2015 36 penyakit about agen agen pak kaduk agency aim akaun Al-Faiz alternatif anak anak-anak anugerah ASB award bank negara malaysia bantuan barang hantaran perkahwinan benefit berpuasa beza bimbingan bisnes bnm claim contoh critical illness ditanggung ejen erti etika etiqa exam faedah fakta family FAQ faraid full group haji hantaran kahwin HARMONI hayat hospital hukum hutang iklan insurance insurans investment Islam islamic JAKIM jawatan Jawatankuasa Syariah jenazah job jutawan kad medikal Kad perubatan Kajian Pengguna Inovasi Produk kanak-kanak Karisma kata-kata hikmah Kekosongan kelebihan kematian kenapa kerja kerja kosong kewangan khairat kematian kos kosong lesen life lumayan lunas mabrur makna maksud takaful Malam Anugerah Takaful Malaysia Malaysian Takaful Association management manfaat masa mati mati itu pasti maybank medic save rider medical card melaka menang anugerah modal money motivasi muar mutiara kata nasihat nasional news nyawa opportunity PA pampasan panduan part part time pelaburan Pelan peluang pembahagian pendidikan pengeluaran pengertian pengurusan peperiksaan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia perbelanjaan perbezaan percuma peribadi perlindunan perlindungan permohonan perniagaan persaraan personal PIDM pinjaman plan policy polisi post mortem premium prima pristin produk protection PTPTN quotation rahsia Ramadan rawatan remaja retirement rider RM 1 juta RULES TO BECOME A SUCCESSFUL LIFE AGENTS sakaratul maut sakit kritikal salam sarjana saving sebut harga Sejarah selamat separuh sepenuh simpanan skim SSPN swasta tabung haji tabungan takaful takaful hayat takaful ikhlas tanpa komitmen taqwa tazkirah tbe tentang saya terbaik time tips UMR umrah usahawan wang pampasan waris Warisan wealth Zulkifli Othman