kredit gambar imgkid.com
Sebelum saya huraikan tajuk di atas, baca dulu petikan di bawah tentang PENAMA:
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-15 yang bersidang pada 6 Mac 1978 telah membincangkan Nominee (Penama). Persidangan telah memutuskan bahawa:Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.
.. baca lanjut di http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/nominee-penama
Jadi, jangan takut untuk letak nama SUAMI sebagai penama waris pada borang takaful anda.
Mengikut statistik, kebanyakan suami meletakkan nama isteri sebagai penama waris borang cadangan polisi takaful mereka, tetapi sebaliknya bagi pihak isteri. Si isteri cenderung meletakkan nama ibu mereka atau anak sebagai penama. Kerana MUNGKIN dikhuatiri suami akan kahwin baru menggunakan duit pampasan khairat kematian mereka.
Tetapi, masalah akan timbul sekiranya hanya nama anak diletak sebagai penama waris. Wang pampasan tersebut akan dibekukan oleh Amanah Raya sehingga si anak berumur 18 tahun.
Wang pampasan tetap WAJIB dibahagikan mengikut faraid.
Kesimpulannya, tolong jangan letak nama anak bawah 18 tahun sebagai penama waris (penerima wang pampasan khairat kematian).