credit barang hantaran perkahwinan
Assalamualikum wbt,
Musim cuti sekolah bakal tiba tak lama lagi. Macam biasa, cuti sekolah merupakan waktu yang teramat sibuk bagi ibu bapa beserta bakal pengantin yang melangsungkan majlis perkahwinan pada ketika itu.
Dalam pada menyiapkan segala kelengkapan, susunatur majlis dan juga 'appointment' dengan tok kadi, barang hantaran kahwin dan juga duit hantaran kahwin semestinya 'pakej wajib' yang pasti ada disedia oleh kedua pasangan mempelai.
Merujuk kepada tajuk di atas, suka teruja saya untuk berkongsi satu panduan atau tips istimewa kepada bakal pengantin dalam menjaga poket masing-masing terutamanya selapas berkahwin. Poket yang 'sihat' menjurus kepada salah satu faktor keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga... percayalah! Sila baca wang hantaran kahwin RM 1 juta.
Ok, tanpa membuang masa, saya konsikan tulisan Pakdi di dalam majalahniaga:
Salah satu rukun nikah adalah mas kahwin. Ia adalah hak sepenuhnya pengantin perempuan. Berbincanglah dengan baik sesama pasangan.
Manakala yang menjadi bebanan khususnya di pihak lelaki adalah mengenai duit hantaran dan dulang-dulangnya. Barangkali sudah masanya kita memperkenalkan budaya baru.
Apa kata kita meminta hantaran dibuat dalam bentuk simpanan emas, saham atau saham amanah. Tidak ketinggalan perlindungan lengkap takaful.
Buku mengenai pengurusan kewangan, bisnes dan pelaburan atau pakej ke seminar-seminar berkaitan kewangan.
Perkahwinan adalah perjalanan yang panjang sampai ke syurga. Bukan hanya untuk satu hari. Salah satu punca kebahagiaan perkahwinan adalah bagaimana suami-isteri menguruskan pendapatan isi rumah mereka.
Memandangkan saya merupakan seorang pengendali / penasihat kewangan Takaful berdaftar dengan Bank Negara Malaysia, saya menyeru anda mengisi borang di sini untuk khidmat nasihat percuma, ya saya serius memang percuma.
>>>> sila isi borang di sini.