Dengan peningkatan kos pembelajaran ke IPTA dan IPTS di sekitar 3% setahun berdasarkan
kadar inflasi, adakah anda telah bersedia untuk menghadapinya demi masa depan dan
kesejahteraan anak anda?
Pelan Sarjana dengan gabungan tabungan dan perlindungan adalah satu usaha untuk
mewujudkan dana khas sebagai perancangan kewangan pendidikan anak anda di hari esok.
Kecemerlangan masa depan anak anda ditangan anda. Dengan perancangan kewangan yang
strategik dan digabung dengan perlindungan menjadikan Sarjana sebagai suatu perancangan
yang komprehensif dan harus bagi penentuan masa depan anak anda.
Manfaat Perlindungan
• Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak
melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang
mana terdahulu.
• Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Perlindungan berserta Akaun Peserta dan keuntungannya
yang terkumpul.
• Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan.
Kemudahan Pengeluaran Pendahuluan Biaya Pendidikan
Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang sebagai pendahaluan biaya pendidikan.
rujukan eTiQa.com.my
No comments:
Post a Comment