Prima adalah pelan istimewa dengan pulangan berjadual serta kebebasan mutlak dalam perancangan kewangan semasa merangkumi keperluan pendidikan, umrah dan ziarah, melancong, pelaburan dan sebagainya. Ia memberikan perlindungan kewangan untuk keluarga tersayang sekiranya ditimpa sesuatu musibah.
Manfaat Utama
• Jumlah perlindungan sepenuhnya akan dibayar dalam tempoh kontrak berkuatkuasa sekiranya berlaku kematian.
• Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah
perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 40% pada akhir tahun pertama
dan kedua dari tarikh keilatan.