Search This Blog

Pelan Etiqa : Prima

Konsep Pelan Etiqa Prima:

Megambil premium takaful, tetapi dapat merasa duit simpanan (pengeluaran*) setiap 3 tahun sekali.

* bergantung pada jumlah tabungan bulanan.

Kelebihan: biasanya seseorang yang mengambil insurans, hanya dapat merasa wangnya bila ditimpa bencana. Tapi tidak dengan produk Etiqa Prima. Setiap 3 tahun pengeluaran wang dapat dibuat dengan kadar tertantu, bergantung kepada jumlah tabungan anda. Namun begitu, anda masih lagi dibawah perlindungan sekiranya terjadi musibah kepada diri anda.

Pelan Etiqa : Sarjana

Pelan takaful keluarga yang menawarkan penyediaan tabung pendidikan kanak-kanak beserta perlindungan yang komprehensif untuk jangkamasa pertengahan dan panjang

Objektif utama pelan Sarjana berkonsepkan tabungan + perlindungan anak-anak.
Tabungan ini matlamatnya adalah untuk anak-anak yang menamatkan persekolahan, seterusnya ingin menyambung pelajaran ke kolej atau universiti.

Pelan Sarjan menjadi dana kepada sumber kewangan untuk menyambung pelajaran.

Ejen Etiqa belajar di UUM

Bagi melengkapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran ejen-ejennya, Etiqa Insurance dan Takaful memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Risiko dan Insurans dengan kerjasama UUM.


BUKAN mudah untuk menjadi seorang ejen sebuah syarikat insurans. Ejen tersebut bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dan penampilan yang meyakinkan bagi memasarkan jenama yang diwakili, pengetahuan mengenai produk dan juga syarikat perlu dikuasai.

Peka dengan keadaan semasa dan memahami risiko dalam pasaran menjadi penambah nilai agar ejen mampu mencapai sasaran jualan.

Dengan kesedaran bahawa ejen-ejen harus mempunyai pengetahuan secara ilmiah dalam bidang itu, Etiqa Insurance dan Takaful memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Risiko dan Insurans.

Ia bagi meningkatkan daya saing syarikat di pasaran negara dan antarabangsa. Bukan sahaja itu ia juga bagi meletakkan ejen tersebut di satu tahap yang tersendiri yang bukan sahaja berpengalaman tetapi berpelajaran.

"Kami mewujudkan program ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan profesionalisme ejen-ejen kami.

"Bukan sahaja ia akan membantu ejen-ejen memberi perkhidmatan yang terbaik dengan kelulusan ini ia mampu meningkatkan perkembangan diri dan menambah baik taraf hidup mereka," kata ketua pengarah eksekutifnya, Datuk Aminuddin Md Desa.

Program itu yang merupakan usaha sama Etiqa dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) menawarkan program jarak jauh dengan kelas akan diadakan pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

UUM akan menyediakan silibus dan juga tenaga pengajar manakala Etiqa menyediakan para pelajar. Ejen-ejen akan berdaftar sebagai pelajar UUM dan perlu mematuhi undang-undang seperti pelajar lain. Sekiranya gagal dalam sesuatu subjek mereka harus mengulang semula bagi melengkapkan jam kredit.

...baca lanjut di Kosmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

100% 1433 2011 2012 2014 2015 36 penyakit about agen agen pak kaduk agency aim akaun Al-Faiz alternatif anak anak-anak anugerah ASB award bank negara malaysia bantuan barang hantaran perkahwinan benefit berpuasa beza bimbingan bisnes bnm claim contoh critical illness ditanggung ejen erti etika etiqa exam faedah fakta family FAQ faraid full group haji hantaran kahwin HARMONI hayat hospital hukum hutang iklan insurance insurans investment Islam islamic JAKIM jawatan Jawatankuasa Syariah jenazah job jutawan kad medikal Kad perubatan Kajian Pengguna Inovasi Produk kanak-kanak Karisma kata-kata hikmah Kekosongan kelebihan kematian kenapa kerja kerja kosong kewangan khairat kematian kos kosong lesen life lumayan lunas mabrur makna maksud takaful Malam Anugerah Takaful Malaysia Malaysian Takaful Association management manfaat masa mati mati itu pasti maybank medic save rider medical card melaka menang anugerah modal money motivasi muar mutiara kata nasihat nasional news nyawa opportunity PA pampasan panduan part part time pelaburan Pelan peluang pembahagian pendidikan pengeluaran pengertian pengurusan peperiksaan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia perbelanjaan perbezaan percuma peribadi perlindunan perlindungan permohonan perniagaan persaraan personal PIDM pinjaman plan policy polisi post mortem premium prima pristin produk protection PTPTN quotation rahsia Ramadan rawatan remaja retirement rider RM 1 juta RULES TO BECOME A SUCCESSFUL LIFE AGENTS sakaratul maut sakit kritikal salam sarjana saving sebut harga Sejarah selamat separuh sepenuh simpanan skim SSPN swasta tabung haji tabungan takaful tanpa komitmen taqwa tazkirah tbe tentang saya terbaik time tips UMR umrah usahawan wang pampasan waris Warisan wealth Zulkifli Othman