Search This Blog

PIDM - Perbadanan Insurans Deposit Malaysia



Perlindungan automatik untuk
deposit, manfaat takaful
dan insurans anda!

PIDM kini melindungi deposit anda di bank serta manfaat takaful dan insurans seandainya berlaku kegagalan sesebuah bank ahli atau pengendali takaful dan syarikat insurans.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) ialah sebuah agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 (Akta PIDM) pada tahun 2005. Peranan kami di bawah Akta PIDM adalah untuk mentadbir dan menyediakan insurans deposit bagi melindungi pendeposit daripada kehilangan sebahagian atau kesemua deposit, serta mentadbir satu sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans bagi melindungi pemilik sijil takaful dan polisi insurans sekiranya berlaku kegagalan institusi ahli.  Sebagai komponen penting dalam jaringan keselamatan kewangan negara, PIDM mempunyai kuasa meluas untuk menggalak dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan, mengadakan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan, melakukan intervensi dan resolusi institusi ahli yang bermasalah serta bertindak bagi memelihara kepentingan pendeposit dan pemilik polisi.

PIDM melapor kepada Parlimen menerusi Menteri Kewangan.  Kami juga dikenali sebagai Malaysia Deposit Insurance Corporation (MDIC), terutama sekali di peringkat antarabangsa.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari page rasmi PIDM http://www.pidm.gov.my/

Syukurilah kesusahan


Syukurilah kesulitan. Karena terkadang kesulitan mengantara kita pada hasil yang lebih baik dari apa yang kita bayangkan.

credit Zulkifli Othman Al-Faiz at Al Faiz Agency

Apakah rahsia kejayaan para usahawan dan jutawan?



Apakah rahsia kejayaan para usahawan dan jutawan? Jawapannya ada di sini. Jika anda ingin berjaya dan menjadi kaya-raya seperti mereka, ikut sahaja!

Rahsia 1: Matlamat Kebebasan Dari Segi Kewangan

Rahsia ini milik Robert T. Kiyosaki, jutawan, penasihat kewangan dan penulis buku Rich Dad Poor Dad. Menurut Kiyosaki, semua ini bermula daripada matlamat. Cuba bayangkan 10 ke 20 tahun akan datang. Itulah matlamat anda. Kebanyakan orang impikan hidup kaya-raya dan bukannya kebebasan dari segi kewangan. Padahal, menjadi kaya sahaja tidak cukup. Banyak orang kaya yang kemudiannya jatuh miskin tidak begitu faham sifat-sifat wang.

Rahsia 2: Hukum Balasan “Reciprocal”

Ini rahsia kejayaan Estee Laude, pengasas Estee Lauder Inc. Menurut Estee Lauder, orang yang kedekut tidak akan menjadi kaya kerana orang lain akan membalas sikap kedekut ini. Orang yang benar-benar kaya tidak memberi tumpuan untuk mengurangkan perbelanjaan. Mereka sebaliknya cuba untuk memaksimakan pendapatan.

Rahsia 3: Berhutang Mengikut Kemampuan

Rahsia ini milik Aristotle Onassis, jutawan dan raja kapal Yunani. Prinsip Onassis, tidak salah untuk berhutang asalkan untuk tujuan produktif. Hutang yang produktif dianggap sebagai bukan hutang kerana ia akan menghasilkan pendapatan dengan lebih cepat. Hutang untuk perbelanjaan yang tidak dapat dikawallah yang akan menyita seluruh pendapatan di masa depan.

Rahsia 4 : Gunakan Wang Secara Bijak

Andrew Carnegie, pengasas Carnegie Steel Company pemilik rahsia ini. Kebanyakan orang terlalu sibuk mendapatkan wang tanpa berfikir apa yang akan dilakukan selepas wang itu diperolehi. Padahal, mereka akan jatuh miskin lagi jika tidak merancang strategi pelaburan yang baik. Jadi, jangan hanya memikirkan cara mencari wang, tanpa merancang cara untuk memanfaatkannya dengan bijak kerana itulah yang paling penting.

Rahsia 5: Alasan Penting

Dan Benson, perunding kewangan dan penulis buku 12 Stupid Mistakes People Make With Their Money mengatakan setiap orang harus mempunyai alas an yang kuat setiap kali mengeluarkan wang. Pada usia di bawah 30 tahun, hanya ada dua matlamat utama iaitu matlamat untuk terus hidup dan melabur. Maka setiap kali pelaburan berkembang, anda mampu meletakkan pengeluaran untuk memperbaiki kehidupan.

Rahsia 6: Kaya = Sedikit Hutang

Ini resepi Kiyosaki lagi. Kalau anda berhutang dengan ramai orang, maksudnya kamu semakin miskin. Formulanya, Aset – Hutang = Kekayaan. Jika mahu kaya, tingkatkan asset dan kurangkan kerugian. Memang asset dapat diperolehi daripada hutang. Namun begitu, jangan membeli asset dengan hutang yang jauh lebih besar dari nilai asset. Jangan pula menambah hutang untuk sesuatu yang tidak menambah asset, misalnya keperluan perbelanjaan.

Rahsia 7: Tambah Pengetahuan

Henry Ford, pengasas Ford Motor Company mendedahkan rahsia kejayaannya. Jika wang anda menjadi sumber ketenangan, maka anda tersilap. Satu-satu perkara yang mampu menjamin ketenangan hidup di dunia ini adalah pengetahuan, pengalaman dan kemampuan. Tanpa tiga perkara ini, berapa banyak wang dalam tangan pun tiada gunanya.

sumber asal kredit pada Zulkifli Othman Al-Faiz

Keyword berkaitan Pelan pendidikan anak


gambar kredit eTiQa takaful

Salam,

Entri kali ni tiada apa-apa untuk pembaca. Hanya .Perkongsian kepada agen-agen takaful untuk mencari keywords berkaitan pelan pendidikan anak. Semoga mendapat manfaat bersama.

pelan pendidikan anak terbaik
pelan anjakan pendidikan
pelan takaful pendidikan anak
pelan pendidikan malaysia
pelan pendidikan 2013
pelan pendidikan individu
tabung pendidikan anak
tabung pendidikan nasional
tabungan masa depan
tabungan masa depan permata
simpanan pendidikan anak
simpanan asb
pelaburan untuk anak
pelaburan untuk pelajar
pelaburan untuk bukan bumiputera
pelaburan untuk persaraan
simpanan untuk anak
takaful pendidikan

Searches related to Pelan pendidikan anak
pelan pendidikan individu
pelan pendidikan terkini
pelan pendidikan prudential
pelan pendidikan nasional
pelan pendidikan 2013
pelan pendidikan negara
pelan pendidikan pembangunan pendidikan

Apakah hantaran kahwin mengikut islam?


credit barang hantaran perkahwinan

Assalamualikum wbt,

Musim cuti sekolah bakal tiba tak lama lagi. Macam biasa, cuti sekolah merupakan waktu yang teramat sibuk bagi ibu bapa beserta bakal pengantin yang melangsungkan majlis perkahwinan pada ketika itu.

Dalam pada menyiapkan segala kelengkapan, susunatur majlis dan juga 'appointment' dengan tok kadi, barang hantaran kahwin dan juga duit hantaran kahwin semestinya 'pakej wajib' yang pasti ada disedia oleh kedua pasangan mempelai.

Merujuk kepada tajuk di atas, suka teruja saya untuk berkongsi satu panduan atau tips istimewa kepada bakal pengantin dalam menjaga poket masing-masing terutamanya selapas berkahwin. Poket yang 'sihat' menjurus kepada salah satu faktor keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga... percayalah! Sila baca wang hantaran kahwin RM 1 juta.

Ok, tanpa membuang masa, saya konsikan tulisan Pakdi di dalam majalahniaga:

Salah satu rukun nikah adalah mas kahwin. Ia adalah hak sepenuhnya pengantin perempuan. Berbincanglah dengan baik sesama pasangan.

Manakala yang menjadi bebanan khususnya di pihak lelaki adalah mengenai duit hantaran dan dulang-dulangnya. Barangkali sudah masanya kita memperkenalkan budaya baru.

Apa kata kita meminta hantaran dibuat dalam bentuk simpanan emas, saham atau saham amanah. Tidak ketinggalan perlindungan lengkap takaful.

Buku mengenai pengurusan kewangan, bisnes dan pelaburan atau pakej ke seminar-seminar berkaitan kewangan.

Perkahwinan adalah perjalanan yang panjang sampai ke syurga. Bukan hanya untuk satu hari. Salah satu punca kebahagiaan perkahwinan adalah bagaimana suami-isteri menguruskan pendapatan isi rumah mereka.

Memandangkan saya merupakan seorang pengendali / penasihat kewangan Takaful berdaftar dengan Bank Negara Malaysia, saya menyeru anda mengisi borang di sini untuk khidmat nasihat percuma, ya saya serius memang percuma.

>>>> sila isi borang di sini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

100% 1433 2011 2012 2014 2015 36 penyakit about agen agen pak kaduk agency aim akaun Al-Faiz alternatif anak anak-anak anugerah ASB award bank negara malaysia bantuan barang hantaran perkahwinan benefit berpuasa beza bimbingan bisnes bnm claim contoh critical illness ditanggung ejen erti etika etiqa exam faedah fakta family FAQ faraid full group haji hantaran kahwin HARMONI hayat hospital hukum hutang iklan insurance insurans investment Islam islamic JAKIM jawatan Jawatankuasa Syariah jenazah job jutawan kad medikal Kad perubatan Kajian Pengguna Inovasi Produk kanak-kanak Karisma kata-kata hikmah Kekosongan kelebihan kematian kenapa kerja kerja kosong kewangan khairat kematian kos kosong lesen life lumayan lunas mabrur makna maksud takaful Malam Anugerah Takaful Malaysia Malaysian Takaful Association management manfaat masa mati mati itu pasti maybank medic save rider medical card melaka menang anugerah modal money motivasi muar mutiara kata nasihat nasional news nyawa opportunity PA pampasan panduan part part time pelaburan Pelan peluang pembahagian pendidikan pengeluaran pengertian pengurusan peperiksaan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia perbelanjaan perbezaan percuma peribadi perlindunan perlindungan permohonan perniagaan persaraan personal PIDM pinjaman plan policy polisi post mortem premium prima pristin produk protection PTPTN quotation rahsia Ramadan rawatan remaja retirement rider RM 1 juta RULES TO BECOME A SUCCESSFUL LIFE AGENTS sakaratul maut sakit kritikal salam sarjana saving sebut harga Sejarah selamat separuh sepenuh simpanan skim SSPN swasta tabung haji tabungan takaful takaful hayat takaful ikhlas tanpa komitmen taqwa tazkirah tbe tentang saya terbaik time tips UMR umrah usahawan wang pampasan waris Warisan wealth Zulkifli Othman