Salah satu kegunaan wang pampasan khairat kematian adalah untuk waris melunaskan segala hutang tertunggak yang ditinggal oleh si mati...
Search This Blog
Jangan ambil takaful jika....
credit image kimdoddmft.com
- 1. Si ejen takaful syarikat 'A' terlalu obsess mengatakan syarikatnya menawarkan produk takaful yang terbaik.
- 2. Si ejen takaful syarikat 'B' mengatakan produk takaful syarikatnya bagus, manakala produk syarikat 'C' tidak bagus.
- 3. Si ejen takaful syarikat 'D' menyuruh anda menamatkan polisi takaful syarikat 'E' dan bertukar kepada syarikat mereka. (Kecuali anda ingin membuat polisi baru dengan tambahan medical card kerana polisi lama tiada medical card. Dan anda pula kurang mampu untuk membayar 2 polisi serentak - lama dan baru).
Kenapa?
- 1. Syarikat pengendali takaful semuanya bagus dan boleh dipercayai, selagi mereka dijamin oleh PIDM.
- 2. Apabila anda mengambil sesuatu polisi, sebenarnya anda mengambil khidmat (servis) ejen tersebut. Khidmat takaful agent diperlukan untuk sebarang 'claim', pembayaran polisi, urusan penggunaan medical card, tuntutan wang pampasan dan banyak lagi.
- 3. Sekiranya sikap dan pendekatan awal seseorang agen menunjukkan perangai yang jelek, mampukah mereka untuk memberikan servis yang memuaskan untuk anda pada kemudian hari kelak?
- 4. Perlukah kita untuk memburuk-burukkan orang lain, walhal diri kita sendiri belum 'perfect'?
Jadi, anda buatlah pilhan yang bijak.
Jangan letak nama anak sebagai waris
kredit gambar imgkid.com
Sebelum saya huraikan tajuk di atas, baca dulu petikan di bawah tentang PENAMA:
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-15 yang bersidang pada 6 Mac 1978 telah membincangkan Nominee (Penama). Persidangan telah memutuskan bahawa:Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.
.. baca lanjut di http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/nominee-penama
Jadi, jangan takut untuk letak nama SUAMI sebagai penama waris pada borang takaful anda.
Mengikut statistik, kebanyakan suami meletakkan nama isteri sebagai penama waris borang cadangan polisi takaful mereka, tetapi sebaliknya bagi pihak isteri. Si isteri cenderung meletakkan nama ibu mereka atau anak sebagai penama. Kerana MUNGKIN dikhuatiri suami akan kahwin baru menggunakan duit pampasan khairat kematian mereka.
Tetapi, masalah akan timbul sekiranya hanya nama anak diletak sebagai penama waris. Wang pampasan tersebut akan dibekukan oleh Amanah Raya sehingga si anak berumur 18 tahun.
Wang pampasan tetap WAJIB dibahagikan mengikut faraid.
Kesimpulannya, tolong jangan letak nama anak bawah 18 tahun sebagai penama waris (penerima wang pampasan khairat kematian).
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
100%
1433
2011
2012
2014
2015
36 penyakit
about
agen
agen pak kaduk
agency
aim
akaun
Al-Faiz
alternatif
anak
anak-anak
anugerah
ASB
award
bank negara malaysia
bantuan
barang hantaran perkahwinan
benefit
berpuasa
beza
bimbingan
bisnes
bnm
claim
contoh
critical illness
ditanggung
ejen
erti
etika
etiqa
exam
faedah
fakta
family
FAQ
faraid
full
group
haji
hantaran kahwin
HARMONI
hayat
hospital
hukum
hutang
iklan
insurance
insurans
investment
Islam
islamic
JAKIM
jawatan
Jawatankuasa Syariah
jenazah
job
jutawan
kad medikal
Kad perubatan
Kajian Pengguna Inovasi Produk
kanak-kanak
Karisma
kata-kata hikmah
Kekosongan
kelebihan
kematian
kenapa
kerja
kerja kosong
kewangan
khairat kematian
kos
kosong
lesen
life
lumayan
lunas
mabrur
makna
maksud takaful
Malam Anugerah Takaful
Malaysia
Malaysian Takaful Association
management
manfaat
masa
mati
mati itu pasti
maybank
medic save rider
medical card
melaka
menang anugerah
modal
money
motivasi
muar
mutiara kata
nasihat
nasional
news
nyawa
opportunity
PA
pampasan
panduan
part
part time
pelaburan
Pelan
peluang
pembahagian
pendidikan
pengeluaran
pengertian
pengurusan
peperiksaan
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
perbelanjaan
perbezaan
percuma
peribadi
perlindunan
perlindungan
permohonan
perniagaan
persaraan
personal
PIDM
pinjaman
plan
policy
polisi
post mortem
premium
prima
pristin
produk
protection
PTPTN
quotation
rahsia
Ramadan
rawatan
remaja
retirement
rider
RM 1 juta
RULES TO BECOME A SUCCESSFUL LIFE AGENTS
sakaratul maut
sakit kritikal
salam
sarjana
saving
sebut harga
Sejarah
selamat
separuh
sepenuh
simpanan
skim
SSPN
swasta
tabung haji
tabungan
takaful
takaful hayat
takaful ikhlas
tanpa komitmen
taqwa
tazkirah
tbe
tentang saya
terbaik
time
tips
UMR
umrah
usahawan
wang pampasan
waris
Warisan
wealth
Zulkifli Othman