Salam buat semua muslimin dan muslimat,
Alhamdulillah hari ini telah masuk hari ke sembilan bulan Ramadan. Ini bermakna kita telah melepasi 1/3 Ramdadan dengan jayanya.
Harapan saya agar anda semua berjaya menjalankan ibadah puasa dengan jayanya. Bukan semua orang dikurnai sifat juang ingin menghabiskan puasa tanpa melakukan kesalahan. Tak semua yang berlumba-lumba untuk menambah pahala dan saham ketika bulan Ramadhan ini. Ada segelintir manusia yang mengabaikannya, yang ambil mudah dan tidak menghormati langsung bulan mulia ini.
Mereka sewenang-wenangnya ponteng puasa, kalau yang puasa pula mengabaikan solat, mengumpat, mengeji curi tulang waktu kerja dan sebagainya. Jadi apa yang tinggal pada pengisian amalan puasa kita? Tingggal kosong... kosong.. macam kata Najwa Latif..
Kadang-kala kita tak sedar kesalahan kita, kalau ada rakan-rakan, suami, isteri atau ahli keluarga yang menegur dan memperbetul, terimalah dengan hati terbuka. Betulkan kembali niat kita dan pintalah keampunan daripada Allah swt. Berazam untuk tindak mengulangi salah kita dan cuba menjadi lebih baik daripada hari semalam. InsyaAllah, jika niat kita ikhlas, hidup kita akan lebih bermakna dan diberkati.
Akhir kata, selamat mengharungi ibadah puasa dan InsyaAllah, semoga puasa ini menjadi bulan Ramadan yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ampun dan maaf daripada pihak saya sekiranya ada tulisan dan kata-kata saya yang menyinggung anda selam ini.
Jumpa lagi pada entri yang lain.
Wasalam