AGEN PAK KADUK
===============
===============
Assalamualaikum Tn Haji.
Saya seorang ejen takaful. Sekarang ni banyak berlaku salah faham pada orang ramai berkenaan pelan takaful mana yang Islamic 100%. Hal ini berlaku berpunca dari sesetengah ejen takaful yang mahu menarik pelanggan dengan mengatakan syarikat takaful mana yang mendahului nama takaful di depan adalah syarikat takaful yang betul-betul 100% islamic. Manakala syarikat mana yang mempunyai nama takaful diakhir nama syarikat ia bukanlah 100% islamic. Dengan ini saya harap Tn Haji dapat kongsikan berkenaan masalah ini di FB Tn Haji bagi membetulkan apa yang salah dan apa yang benar. Jazakallah Tn Haji.
Alaikumsalam.
Dalam kewangan Islam mana ada letak nama depan 100% Islam. Letak nama belakang kurang sikit Islam. Orang bodoh saja yg percaya perkara karut marut sebegitu.
Isu ini bukan masalah takaful operator. Semua 11 takaful operators, yg lama ada plan yg penoh dgn pengalaman dan yg baru ada pelan penoh dengan keazaman, semuanya 100% patuh syariah. Tidak kira nama takaful depan atau belakang. Semua patuh syariah.
Kalau lah di dapati mana2 takaful operator tidak patuh syariah, maka lesen mereka akan ditarik balik oleh BNM dan penasihat syariah mereka akan dihukum berat di bawah IFSA 2013.
Jangan main-main. Berat hukuman itu.
Masalah ini ialah isu individu agen yg tidak bijak, tidak beretika dan tidak berilmu. Ilmu marketing mereka masih cara kuno dgn memburuk-burukkan kompetitor mereka.
Ingatlah bahawa pelanggan kini sudah bijak. Pelanggan bijak akan tidak sign-up dgn agen2 "Pak Kaduk" seperti ini.
Jangan bimbang. Jika kita ikhlas, market cara yg beretika, in sya Allah, pelanggan akan cari kita.
Itu yg saya sangat percaya. Dan saya harap anda pun begitu juga.
Allah knows best.
Kredit.. fb Haji Razli Ramli