Brat Pitt (bukan nama sebenar) memasuki kawasan perumahan flat Debunga di pinggir bandaraya. Dia melihat banyak motosikal dan kereta memenuhi setiap ruangan parking.
Walaupun kawasan kediaman tersebut bertaraf kos rendah, ada banyak kereta yang 'power' dan banyak juga yang masih kelihatan masih baru.
Sambil meniti tangga, matanya liar memerhatikan kawasan sekeliling. Kelihatan kanak-kanak berkejaran di ruangan kaki lima tingkat 3. Suasana memang meriah dan memekikkan dengan hilai tawa mereka membayangkan perasaan gembira.
Akhirnya Brat Pitt sampai ke tingkat terakhir, tingkat 4 flat Debunga. Matanya melilau mencari pintu bernombor 76, rumah yang bakal ditujunya."Oh, tak jauh, rupanya. Selang 2 pintu sahaja daripada tangga," bisik hatinya.
Terus saja diketuk pintu rumah nombor 76 itu. Sejurus diketuk, pintu dibuka dan terlihat kelibat Tom Cruise (bukan nama sebenar), sahabat lamanya.
"Salam Tom", sapa Brat Pitt, terus menghulur tangan kepada Tom Cruise. Salam disambut dengan senyum panjang meleret, menyeringai. Maklumlah dah hampir 18 tahun tak berjumpa kawan lama ketika di sekolah rendah. Kali terakhir berjumpa dengan Tom, ketika kedua orang tuanya masih hidup dikampung. Selepas nahas jalan raya yang meragut nyawa kedua-dua orang tuanya, Tom terus menghilangkan diri tanpa berita. Maklumlah, ibu bapanya merupakan orang luar yang merantau ke kampung itu. Jadi mereka memang tiada langsung saudara mara lain di kampung itu.
"Apa khabar kau sekarang Pitt?" tanya Tom. "Alhamdulillah, sihat" balas Pitt, dan bermulalah perbualan mereka hari itu.
..bersambung
Apa yang saya rasakan ini mungkin tak sama seperti apa yang anda rasa. Sila baca dengan hati terbuka. Sebarang komen atau teguran amat saya alu-alukan. Lontarkan komentar anda pada kruangan komen di bawah.